Monday, 23 October 2017

JUANPABLO TRADING


Dropship JUANPABLO dah mempunyai orang lebih 1200 ahli malah lebih dari tu, which mean company tersebut sangat berpengalaman dalam menguruskan ahli dropship..Jangan risau tentang produk , dah empat tahun berniaga memang barang sangat laku dari dulu sampai lah sekarang..




Pernah Berniaga ?

Ada yang pernah.. Ada yang tak kan? So, yang pernah berniaga memang first cukup modal nak mulakan bisnes secara persendirian..Tapi, mempunyai masalah untuk menarik pelanggan dalam sebulan setelah pelbagai teknik yang dilakukan tak berhasil ? Jangan risau, korang ada banyak masa nak perbaiki mana yang kurang.. Sepatutnya, sebelum berniaga korang kena sertai satu kelas perniagaan seperti JUANPABLO ada mengadakan satu kelas LIVE sekali seminggu untuk meningkatkan kemahiran dalam pengurusan bisnes..

Yang tak pernah pula… Tak rugi join mana-mana company  terutamanya JUANPABLO.. Cabar diri anda..Jangan cepat merendah diri..Setiap orang pastinya nak berjaya dalam kehidupan..Tak kira berpendidikan ke tak.. Semua boleh berjaya dengan pelbagai cara.. Usaha ialah kunci kejayaan..Semua orang mempunyai kehebatan dalam diri masing-masing..Belum cuba belum tahu.. Mana lah tau kot2 korang bakal tersenarai dalam jutawan.. InsyaAllah.. Usaha kena ada..Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.. :)

Company Juanpablo mempunyai seorang mentor yang merupakan cikgu handalan mampu memberi tunjuk ajar lebih seribu ahli yang telah mendaftar sebagai dropship..

Actually 90% yang join cikgu Juan start dr zero..

Beliau ada share ilmu RAHSIA dekat dalam group facebook, nanti korang akan dibawa masuk lepas daftar...



Saya jamin 300% kalau korang ikut apa yang beliau ajar , korang takda masalah takda customer, korang akan ada masalah tak cukup tangan nak layan customer.. all is about your komitmen.. Untuk maklumat lanjut boleh klik link ini [http://bit.ly/2lbrBlP]

FEEDBACK DROPSHIP






Thursday, 19 October 2017


Okay guys! Kalau nak tahu, abang yang dalam video diatas merupakan salah seorang ahli dropship yang berjaya dalam bidang bisnes tau.. Kalau dia boleh, mengapa tidak anda?? Belum cuba belum tahu... Kalau nak berjaya macam orang lain.. Nak tambah ilmu pengetahuan mengenai perniagaan, boleh sertai kami di JUANPABLO... Akan ada seorang cikgu handalan yang guide kita dari zero.. InsyaAllah, sama-sama kita berjaya di dunia dan akhirat..Sekiranya berminat dan nak tahu lebih lanjut.. Boleh rujuk di https://goo.gl/HPwGf2 dan sekiranya ada soalan.. Boleh komen di bawah post..

Monday, 16 October 2017

LIFE STORIES


       Nak tahu cerita pasal Ain kecik dulu? Mestilah nak kan.. :D   Okay! Sebelum Ain mulakan apa yg Ain nak promosikan kat korang di blog ni, Ain nak kongsikan kisah lalu Ain masa dulu-dulu.. Pada tahun 2003, waktu tu Ain berumur empat tahun..Budak hingusan time tu… Ala.. still new robot thinking.. Tak matang tak keanakan sangat..Yela kan.. Mulut mengalah murai.. HAHAHA.. tapi, congek.. Kena tegur sikit.. Dah buat muka mengalahkan kertas renyuk.. Kena cubit semut, menangis tak tentu pasal.. Mengalah hujan lebat.. (perli diri sendiri pulak ^^’) And, masa umur empat tahun tu.. Ain dah daftar masuk tadika..Tapi, still milk bottle..Selepas kantoi dari rakan sekolah yg tua dari Ain(lima, enam tahun)..Time tu lah Ain start tak amalkan lagi dah..Kalau nak tahu, Ain ni lah anak yg sering bertukar sekolah..Masa umur empat tahun,..bersekolah ‘SEDIDIK’ di perkampungan nenek.. Stay dgn nenek setahun dua tahun camtu..Sebab, mak kerja di Bintulu manakala  abah pulak di Sibu..Masing-masing bawa haluan..Nasib baik la time tu feel takda sangat, so tak terasa la ketiadaan mak ayah time tu..Feel tahu main je..Then, masa umur lima tahun pulak Ain sekolah di Bintawa..Tak lama tau..Malah tak sampai setahun pun..Sebab, pindah ke Kuching..Ikut ayah pindah kerja..Study di Tabika Kemas Kampung Kudei Baru..Time tu lah, selalu kena buli dengan budak-budak disitu..Budak baru kan..? Baju sekolah pun lain daripada yg lain..Nak beli baru, stok habis.. So, kite guna baju pra sedidik masa tahun 2003 tu..Ain dan family tinggal di Kuching tu dari Ain darjah satu sampai darjah dua..Tu pun, time darjah dua awal tahun dah pindah balik..Sedeh sangat sebab berpisah dgn rakan-rakan.. :’(  Kalau nak tahu, cita-cita Ain dulu jadi doctor tau ! Tapi, disebabkan kes masa UPSR tu.. Ain trauma sangat!!  Awal pertengahan tahun tu, Ain transfer ke sekolah di perkampungan nenek(Sebuyau). Macam biasa la.. Budak baru masuk macam Ain, tak sah tak kena buli..Time tu, memang sakit hati..sebab melampau..Malah, sekelas tu yg buli Ain sampai nangis..Ain tak bagitau mak pasal tu sebab dah terbiasa..Tak lama lepas tu, diorang pun layan Ain macam kawan..Sangkaan terhadap mereka ternyata salah..Layanan pertama memang menunjukkan mereka jahat, tapi sebenarnya di hati mereka terselit sikap baik hati..Ain bergelar murid SK TUANKU BAGUS empat tahun setengah..Geng yg buli Ain akhirnya jadi bestfriend .. Masa umur tu, Ain ada cita-cita nak jadi cikgu dan juga berniaga pulak..Selalu bermain dengan adik kalau balik je dari sekolah..Sekolah rendah jauh dari rumah nenek tapi nasib baik ada kenderaan dua roda tanpa enjin .. Alhamdulillah.

Part secondary school pulak …

    Habis year UPSR, ambil result..Bersyukur dengan hasil usaha sendiri..Tapi, nama tak tersenarai dalam SMKA first intake..Then, Ain study di SMK SEBUYAU sementara tungggu result permohonan ke SMKA second intake keluar..Akhirnya, pertengahan bulan dua, berkat doa ibubapa,Ain dapat ke SMKA..Start dari Form 1 – 5 . Banyak ilmu agama yg Ain dapat selain Pendidikan Islam dan Fardhu A’in..Bersyukur kepadaNya kerana beri peluang kepada Ain untuk meningkatkan iman dalam diri..Setelah dapat ke SMKA tu, Ain baru start berdikari tinggal di asrama sebab sekolah tu jauh dari rumah..Habis SPM, relax di rumah..Bantu mak..Nak kerja, ayah tak izinkan..Time tu,memang bosan sangat..Handphone time tu tak secanggih macam handphone anak orang lain..Besar,mahal..Brand popular pulak tu…Ain dulu guna handphone yg bermasalah, kecik..Tapi, Ain gunakan je..Mak ayah tak tahu pun handphone Ain bermasalah sebab taknak susahkan mereka.. :’) Redho. Sebelum nak masuk Form six tu mak ada belikan yg baru.. Thanks a lot mom <3 Huhhh! Masa tu pulak cita-cita Ain nak jadi photographer..Korang rase?? Hahaha.. Selepas result keluar, semua rakan Ain mesej bagitahu result berapa sekian2...kelakar sangat time tu..Plan ini la plan itu la..Sepakat sambung Form six di SHOAW sementara tunggu result kemasukan U/IPTA/IPG..Dan setelah itu,Ain dan kawan-kawan berpisah..sebab ada yang dapat UITM..Ada jugak yg stay Form 6 di sekolah tu..Ain pulak buat pemindahan tukaran aliran..First, mohon di SMK DPHA GAPOR..sebab rakan geng sebuyau disana..Tapi, tak dapat cause full..ERGH ! Frust..Then Ain kena transfer di SMK ASAJAYA..Tak lama Ain sekolah di sana.. HAHAHA ! Sebab dapat tawaran ke IPTA serta course yg boleh Ain handle. InsyaAllah.. Yg teruknya..Ain dapat tawaran di POLIMU lepas raya.. -_-‘ Jauh tu~ Dengan sokongan mak ayah..Mereka tolong Ain untuk lulus transfer di POLIKU.. Lastly, dapat ! Alhamdulillah~ Tapi ……. Lambat masuk pulakk..Bulan November baru daftar..Apalah nasib..Tapi, takpa.. Janji boleh belajar balik..

Begitulah kisah kehidupan yg cuma  Ain dapat sharekan kepada awak semua~ 😊





EXPERIENCES


Next part Ain nak sharekan pulak ialah mengenai pengalaman Ain masa join company JUANPABLO ni..Ramai yang tanya kat Ain.. “Apa JUANPABLO?? JUANPABLO tu orang ke?? Course dari university mana siap buat class LIVE??” HAHAHA .. Setiap soalan yg dilemparkan buat Ain rasa kelakar sangat sebab orang sekeliling wondering dengan apa yang Ain buat sepanjang cuti sebelum sambung belajar..Ingat dengan cuti yang terlalu lama ni,Ain takda kerja ke? Ada..Kerja secara mental..Ain join JUANPABLO start awal bulan Oktober 2017. Mak ayah tak kisah dengan apa yang Ain rancangkan..Yang penting, tak melibatkan perkara negative..Lagipun, Ain tak guna pun duit mereka..Semuanya Ain guna duit gaji bulanan masa ayah tetiba izinkan kerja part time dekat sebuah restoran di Desa Ilmu selama sebulan..

 ‘Macam mana boleh ter join JUANPABLO?’

-Dalam perancangan hidup, Ain tak terfikir pun nak jadi seorang uasahawan ke apa.. Memang tak senarai dalam cita-cita Ain pun..Tapi, sebagai anak sulung yang handle adik-adik..Mestilah tanggungjawab sebagai seorang kakak besar kan? Takkan kena bergantung kepada mak ayah je? Cukuplah mak ayah dah berkorban membesarkan kita dengan sempurna.. Alhamdulillah~ Sekarang kita dah besar..dah pandai bawa sendiri dah pun..Jadi,Ain pun terfikir macam mana nak tingkatkan wang pendapatan secara online? Ain start melalui Instagram..Ain lebih aktif Instagram dari aplikasi lain..Sebelum ni, Ain ada interview chatting dengan seseorang ni.. Diaorang sertai program tingkatkan wang saku.. Tapi, bayaran yuran dia tinggi sangat.. So, Ain pun pause kan niat tu sekejap dan move on..Bila tengok Instagram JUANPABLO..Nampak macam menarik sangat..Malah ramai yang berjaya menjadi usahawan yang Berjaya..Sehingga tergerak hati cabar diri sertai JUANPABLO sebagai seorang dropship..Mulalah Ain buat pendaftaran..

‘Apa yang Ain dapat?’

-Mula join company tu, memang kita blur thinking.. Tak tentu arah sebab tak tahu nak buat apa dulu..Macam di sekolah, kalau kita baru masuk kelas baru..Mestilah blur kan? Haa.. Gitulah rasanya..Tapi, jangan risau..Sebab, company ni banyak staf yang aktif ! Diorang akan guide kita from step by step.. Malah, company ni ada seorang cikgu handalan yang akan memberi nasihat, kata-kata semangat dan tunjuk ajar kepada kita dari zero serta memberi ilmu RAHSIA beliau dengan ringkas dan padat..Memang mudah difahami..Sehinggakan Ain yang tak tahu apa-apa mengenai perniagaan, boleh tangkap apa itu paid review, marketing.. Brand awareness etc. Beliau juga sering mengorbankan masanya dengan mengadakan class LIVE bersama dropship-dropship(termasuk Ain) .. Nak lakukan semua yg diajar oleh Cikgu Juan dengan secepat mungkin, memang Ain tak mampu sebab memerlukan pengorbanan kewangan sikit.. Dahlah bulan Oktober tu Cikgu Juan buat giveaway..Ain kan tak kerja fizikal lagi..Hihihi..So, dalam waktu tu..Ain ambil ilmu pengetahuan dulu sementara tunggu cukup modal untuk mulakan operasi company Ain pulak.. Terlepas la.. giveaway bulan tu.. Bubye~

‘Penting ke sertai company tu?’

-Penting kepada sesiapa yang nak berjaya.. 😊 Company ni tak paksa pun kita nak join ke tak.. Yang penting keyakinan diri tu kena ada dalam jiwa..Bukan sebab nak join company ni atas nak kaya atau semua..Rezeki pemberianNya..Ilmu pun semua datang dariNya..Jadi, kita sebagai manusia kenalah tanamkan niat yang baik sebelum menyertai sesuatu perkara..Contohlah, sukan..Kita sertai bukan sebab nak menang..Tapi, nak tunjuk dekat semua orang yang kita ni bersungguh-sungguh mencapai kemenangan..Pegang prinsip, “NEVER GIVE UP”..Okey? Kita join JUANPABLO bukan setakat nak tingkatkan wang pendapatan 1k sebulan..Tapi, tingkatkan ilmu pengetahuan dalam perniagaan untuk kebaikan sendiri jugak..

Kesimpulannya, tak ada orang yang hidup senang tak melibatkan pengorbanan..Orang yang rajin ,bertanggungjawab ,positif ,sanggup berkorban .. one day, akan merasai kenikmatan yg tak terhingga datang dari hasil usaha sendiri..Yang penting, dekatkan diri kita dengan Maha Esa..

‘Macamana nak join macam Ain jugak?’

-Kalau berminat nak jadi macam Ain jugak…Boleh contact terus di link INSTA blog ni (https://www.instagram.com/_enamie_).. Ain boleh bantu korang ke arah yang lebih berjaya..Sama-sama kita nak berjaya kan? So, kepada yang student, yg still nganggur, suri rumah dan semua la..Tak kira berpendidikan tak berpendidikan..Ain cadangkan korang join JUANPABLO company ni.. Biar perlu korban masa dan kewangan sedikit..Tapi, one day korang akan tengok hasil yg lumayan yg bakal korang dapat..Percayalah.. Yang penting kena ada usaha jugak…Serious dalam melakukan sesuatu hal itu satu perkara yg penting..Jangan sebab join hanya kerana suka-suka..Jangan sia-siakan peluang yang ada depan mata..